khutbah raya


Khutbah Hari  Raya Haji.
Yang pertama.                                                                                               

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Ketahuilah olehmu hai sekelian manusia bahawasanya hari ini hari raya besar lagi mulia.Maka hendaklah kamu besarkan hari ini dengan amal ibadat.Dan muliakan olehmu akan fakir miskin.Maka hiasilah olehmu akan hari ini dengan amal yang baik baik saperti membaca takbir dan membaca al-Quran dan selawat atas Nabi SAW. Dan zikrullah dan bersedekah. Dan amal yang besar pada hari ini ialah menyembelih korban kerana Nabi kita Muhammad SAW. berkorban 100 ekor unta dan dia sendiri menyembelih 63 ekor unta dan lebihnya diwakilkan kepada Saidina Ali RA.Maka hendaklah sesiapa yang ada nafkahnya, berkorbanlah dam 4 hari itu.Dan barangsiapa berkorban maka terpeliharalah daripada balak dunia dan akhirat.Dan lagi dikurniakan Allah SWT. dengan tiap tiap sehelai bulu korban-nya digantikan dengan 10 kebajikan. Dan dibuat mahligai dalam syurga sebanyak banyak bulu korban. Dan dalam mahligai itu anak bidadari sebanyak banyak bulu korban.
Dan lagi korban itu dijadikan kuda diakhirat namanya Najab, dan bulunya dari benang emas  syurga, maka ditaruhkan disyurga menanti hari kiamat. Maka apabila hari kiamat dibawa kepada kuburnya. Maka ditungang lalu kesyurga saperti firman Allah SWT. yang ertinya ‘pada hari kiamat kami himpunkan sekelian  hamba yang takut akan Allah SWT. kepada Tuhan yang bersifat Rahman.Datang mereka itu berkenderaan diatas kuda yang bernama Najab yaaitu kuda korban.
Faedah korban itu memanjangkan umor dan memurahkan rezeki , dan menyampaikan apa apa maksudnya dan makruh meningalkan korban itu diatas oran yang kaya dan makna kaya disini yaaitu lebih nafkahnya dari sehari semalam kerana firman Allah SWT yang ertinya maka hendaklah kamu sembahyang hari raya maka apabila sudah sembahyang itu ada nafkah kamu lebih dari pada sehar semalam mak berkorbanlah olehmu. Kerana korban itu lebih baik dari pada sedekah sunat. Dan firman Allah SWT. yang bererti  menjadikan Allah SWT. bagi kamu akan beberapa ekor unta supaya boleh dibuat korban tanda bertuhan kepada Allah SWT.Dan sabda Nabi SAW. ‘telah disuruh Allah SWT. akan aku berkorban dan sunat bagi kamu berkorban’.
Dan adalah binatang yang boleh dibuat itu unta umornya lima tahun masuk keenamnya.Dan lembu atau kerbau atau kambing yan berumor dua tahun masuk ketiganya. Dan kibas atau biri biri yang berumor setahun masuk pada tahun keduanya. Dan korban yang terlebih baik itu saekor kibas atau biri biri kemudian seekor kambing, inilah sekurang2 korban. Dan tujuh ekor kibas atau biri biri terlebih baik daripada seekor unta atau lembu atau kerbau diperbuat korban ketujuh2nya atau setengah-nya dijadikan korban  dan setengahnya akikah, sah yan demikian itu.   
Maka hendaklah kamu pilih yang demikian itu korban yang kaki empat kerana ia kuda kamu diakhirat negeri yang mulia. Maka hendaklah kamu lebihkan kuda diakhirat daripada kuda didunia ini. Kerana diakhirat itu pasarnya panjang dan pekan-nya luas dan besar dan negerinya kekal selamalamanya. Dan dunia ini pasarnya pendek pekannya kecil  dan negerinya fana. Dan barangsiapa menaruh kuda didunia dan tiada disediakan kuda diakhirat itulah tanda orang yang tiada sempurna akal kerana dunia ini apabila kamu mati tingal kepada orang yang lain dan terkadang2 orang yang lain itu seteru kamu.
Dan kuda diakhirat sudah ditaruh dalam kandang syurga dan apabila hari kiamat dibawa kekuburnya. Kata malikat,’hai pulan yang berkorban didalam dunia, ini korban kamu, maka pakai olehmu sekelian ini, dan makan olehmu mu akan makanan ini, dan naik olehmu keatas ini. Maka inilah pahla korbanmu. Pada hari ini (hari kiamat) tempat pembalasan pahla korbanmu.’
Barangsiapa tiada berkorban maka ia berjalan kakilah kepadang mahsyar serta dengan huru hara. Maka kata malikat hai pulan rasalah olehmu akan azab dan sangsara yang amat pedih ini kerana bakhil engkau didunia. Maka tetekala itu beribu2lah sesal yang tiada berguna lagi.
Dan lagi hendaklah banyak2  bersedekah pada hari ini, dan berjamu selera. Bersedekah kepada pada roh2 kaum kerabat yang telah mati dahulu itu. Kerana roh2 sekelian yang telah mati itu apabila hari raya atau malam hari Jumaat maka datanglah roh2 itu kerumah kerana menuntut sedekah kaum kerabat. Dan jika dibukakan Allah SWT. mata hati kita nescaya kita lihat roh2 itu dengan percintaan serta kata nya,’ hai sekelian kaun kerabatku tolonglah olehmu akan kami pada hari ini dengan sedekah dan ingatlah olehmu akan kesakitan kami dalam kubur ini, dan berdagang seorang diri dalam kubur ini, dan seolah2 kami ini karam ditengah lautan sentiasa minta2 tolong kepada orang yang didarat.
Dan bagimana hendak bersuka2 diatas bumi ini, dan bagimana hendak makan yang sedap2 dan minum yang manis2 pada hal kaum kerabat kita lapar dan dahaga didalam kubur.
Dan satu cerita daripada orang yang soleh yang sempurna akal apabila datang hari raya maka dipasongkan kedua kakinya, dan ditaruh habur atas dikepalanya dan digantung kedua tangan-nya keatas. Maka dikata orang kepada-nya,’hai polan bahawa hari ini hari raya dan bersuka2. Maka betapa engkau demikian?’. Maka jawabnya,’ aku pasongkan kedua kakiku sebab aku ingat akan kaum kerabatku dalam kubur terbaring tidak boleh pergi kesana sini. Dan sebab aku gantung kedua tanganku keatas supaya boleh lama aku berdoa kepada Allah SWT. Dan yang aku doakan ada dua perkara. Pertama barang kurnia Allah SWT. perkerjaan yang baik2 keatas sekelian orang Islam yang hidop, dan kedua barang diampun dan dikasihi Allah SWT. sekelian orang Islam yang telah mati. Maka inilah kelakuan orang yang soleh2. Maka fikirkan olehmu hai sekelian hamba Allah SWT.

taqwim

ip